Friday, 22 January 2021

 


PERMIT PERMINDAHAN TERNAKAN

1.    Tarikh permohonan permit sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) hari dalam waktu bekerja daripada tarikh permohonan ternakan hendak dipindahkan.
2.    Tempoh masa sahlaku permit hanya sekali untuk satu (1) perjalanan  sahaja mengikut pada tarikh yang dinyatakan dalam Akuan Kebenaran Pindah
3.    Perlu menyatakan tarikh dan lokasi penerima ternakan serta maklumat pengeluar ternakan termasuk ID Premis dengan jelas.
4.    Permohonan Permit pemindahan ke luar negeri hanya akan dikeluarkan setelah mendapat kebenaran masuk/terima daripada Negeri penerima ternakan.
5.    Permohonan melibatkan luar negeri perlu mengisi borang deklarasi  ladang semasa      membuat permohonan

SYARAT PADA TERNAKAN YANG DIPINDAHKAN

Setiap ekor ternakan yang hendaklah dipindah dikehendaki:
1.    Telah mendapat suntikan vaksin FMD (P1 dan P2) mengikut jadual dan telah disahkan oleh doktor veterinar.
2.    Mempunyai tanda pengenalan ternakan yang jelas serta dikepilkan/sertakan bersama borang permohonan Akuan Kebenaran Pindah Ternakan [PVDM/PAPT(1)].
3.    Mendapat pengesahan Pegawai Veterinar Daerah pengeluar/penerima ternakan ATAU wakil yang diberi kuasa sebelum dan selepas pemindahan dilakukan.
4.    Telah menjalani ujian saringan penyakit dan telah disahkan sihat dan bebas daripada sebarang penyakit seperti kuku dan mulut (FMD), brucellosis, tuberculosis dan heamorrhagic septiceamia (HS) oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

PERMINDAHAN TERNAKAN BAGI TUJUAN PENYEMBELIHAN;

1.    Hanya dibenarkan di Rumah Sembelih yang dibenarkan oleh Jabatan sahaja.
2.    Jika ternakan yang hendak disembelih itu betina perlu mendapat pengesahan daripada Doktor Veterinar yang bertauliah oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
3.    Bagi tujuan penyembelihan diluar kawasan Rumah Sembelih selain yang digazetkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu mendapat kebenaran yang disahkan oleh Pengarah Perkhidmatan Veterinar.
4.    Bagi ternakan yang telah dipindahkan ke Rumah Sembelih (dibenarkan oleh Jabatan) hendaklah   disembelih tidak melebihi 30 hari. Jika penyimpanan melebihi 30hari  perlu  mendapat kebenaran khas daripada Pengarah Veterinar Negeri.
5.    Lori yang digunakan bagi tujuan pemindahan perlu di ‘Seal pada bahagian kenderaan yang kehendaki. (sila rujuk kaunter jika ada pertanyaan)
6.    Kegagalan pihak tuan untuk mematuhi syarat-syarat diatas boleh menyebabkan permohonan permit tuan DITOLAK.

Sunday, 17 January 2021

  


Terdapat 5 perkara asas yang perlu anda tahu bagi menghadapi musim banjir

i.    Pastikan jumlah populasi keseluruhan ternakan anda (jika berekod adalah lebih baik)

ii.  Memastikan kawasan tinggi yang bersesuaian untuk penempatan ternakan

iii. Memastikan sumber makanan ternakan mencukupi bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 hari.

iv. Kesediaan bekalan kesihatan bagi hal-hal kecemasan semasa dan selepas banjir berlaku.

v.  Sumber sokongan ternakan seperti tenaga buruh dan peralatan dan kenderaan.

 

PASTIKAN JUMLAH POPULASI KESELURUHAN TERNAKAN ANDA (JIKA BEREKOD ADALAH LEBIH BAIK)

Penternak perlu sentiasa peka dan mengetahui jumlah populasi semasa ternakan mereka. Ini bagi membolehkan pelbagai aktiviti dijalan dengan berkesan terutama dalam menghitung kadar prestasi kelahiran serta keperluan menjalankan aktiviti kesihatan ternakan. Ia juga membantu mengira margin kasar ternakan dan keperluan lain terdapat dalam menghadapi musim banjir. Penternak di sama kini perlu tahu maklumat ramalan kaji cuaca bagi membantu mereka menghadapi musim banjir. Jumlah populasi ini dapat membantu jumlah keperluan ternakan semasa musim banjir dari segi keperluan. makanan, tenaga buruh, keluasan kawasan penempatan sementara, alatan yang diperlukan dan juga kit kesihatan.


MEMASTIKAN KAWASAN TINGGI YANG BERSESUAIAN UNTUK PENEMPATAN TERNAKAN

Semasa musim banjir keperluan kawasan penempatan yang tinggi menjadi perkara utama bagi memastikan ternakan mendapat keselesaan yang baik terutama dari segi keselamatan dan kemudahan makanan. Penternak digalakkan mencari dan menyediakan kawasan khas/simpanan kecemasan yang tinggi bagi penempatan ternakan. Lokasi ini hendaklah dipantau secara berkala bagi memastikan kesiapsagaan apabila ia diperlukan. Jika tanah tersebut milik orang lain, maka kebenaran secara sah oleh tuan tanah perlu ada bagi mengelakkan sebarang pertikaian atau pampasan yang tidak perlu semasa banjir berlaku.


MEMASTIKAN SUMBER MAKANAN TERNAKAN MENCUKUPI BAGI TEMPOH SEKURANG-KURANGNYA 3 HARI.

Pengusaha ternakanan perlu memastikan sumber bekalan bagi jumlah ternakan mencukupi sekurang-kurangnya bagi tempoh 3 hari. Sumber ini dapat disediakan dengan menjalinkan kerjasama diantara pengusaha ternakan lain, TKPM sedia ada dan juga pengedar. Simpanan silaj juga amatlah digalakkan terutama musim banjir kerana kekurang kawasan ragutan yang ketara.




KESEDIAAN BEKALAN KESIHATAN BAGI HAL-HAL KECEMASAN SEMASA DAN SELEPAS BANJIR BERLAKU.

Semasa dan selepas banjir, pemeriksaan kesihatan ternakan perlu dijalankan. Ianya bagi memastikan kesihatan ternakan sentiasa berada dalam optimum bagi mencegah kematian ternakan. Penyediaan kit atau ubat-ubatan boleh didapati daripada pejabat perkhidmatan haiwan berdekatan atau daripada farmasi haiwan berdekatan. Penternak perlu mendapat khidmat nasihat daripada pihak veterinar berkaitan ubatan yang perlu disediakan bagi hal-hal kecemasan dan serta nombor mereka yang diberi tauliah daripada veterinar untuk menjalankan pemeriksaan terutama selepas banjir suruh.


SUMBER SOKONGAN TERNAKAN SEPERTI TENAGA BURUH DAN PERALATAN DAN KENDERAAN.

Antara perkara utama yang dititik beratkan adalah tenaga buruh dan kenderaan yang diperlukan dalam pemindahan ternakan dan mengangkut bekalan makanan ke lokasi penempatan ternakan. Pengusaha perlu memastikan dari masa ke semasa buruh yang tersedia dan kenderaan yang terlibat dalam waktu kecemasan nanti sentiasa diselenggara dan boleh digunakan. Ini kerana dalam hal kecemasan seperti banjir berlaku dengan cepat dan memerlukan tindakan drastik agar ternakan tidak terkorban dan kemalangan dapat dielakkan.

Oleh yang demikian, penternak digalakkan sentiasa cakna dengan tinjauan perubahan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Kementerian Kaju Cuaca agar persiapan awal dapat dibuat, memudahkan aktiviti ternakan semasa banjir dan mengelakan sebarang kemudaratan kepada penternak dan ternakan itu sendiri.

Untuk maklumat ramalan kaji cuaca Jan- Jun 2021 boleh klik https://www.met.gov.my/iklim/ramalanbermusim/tinjauancuacajangkapanjang


Sumber:

Seksyen Pembangunan Industri Ternakan

Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar