Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda kerana sudi melawat Portal Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Pontian. Portal website ini dibangunkan bagi memberikan perkhidmatan dan penyampaian terbaik kepada pelanggan kami. Di website kami menyediakan perlabagi aktiviti yang sedang atau bakal dilaksankan di daerah. Ini membolehkan penyampaian maklumat dapat diberikan dengan lembih cepat, telus dan lebih meluas. Di harap dengan wujudnya medium ini dapat membantu penternak khususnya di Daerah Pontian agar lebih mantap dan lebih berdaya saing. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dibawah pentadbiran PVD Pontian seperti galakkan usahawan, bantuan dan insentif dan khidmat nasihat atau runding cara bagi sektor ternakan. Selain daripada itu, sistem kawalan di pertingkat dengan memberi lesen kepada ladang-ladang yang berjaya memenuhi kreteria jabatan bagi menubuhkan ladang-ladang yang kondusif dan mesra alam tanpa melibatkan pencemaran atau kacau ganggu awam.
Saya mengharapkan agar pembangunan dan kesihatan ternakan akan lebih membangun dan mampan dengan adanya penyampaian yang cepat dan tepat seterusnya membantu pengusaha ternakan dan orang awam lebih berdaya maju pada masa akan datang.
TN. HJ. BORHAN BIN ELIAS
Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar